Sambutan tahun baru malam tadi diserikan dengan peristiwa gerhana bulan
separa pada waktu dinihari.. Science reveal that, gerhana
bulan hanya berlaku ketika bulan sedang mengambang penuh sahaja.
Maka, pada malam tahun baru, bulan purnama telah memancarkan sinarnya
yang terang benderang pada magnitud -12 untuk menerangi alam maya dari
kegelapan malam. Secara sinonimnya, ianya bagai melambangkan permulaan
hari tahun 2010 akan dimulai dengan kegemilangan cahaya. So sweet!
Di Malaysia, kejadian tu telah berlaku pada detik 01.17am 1 januari 2010. pity that i dont have the chance to capture them trough my lenses......(I sleep early..around 12.30am) apa pun, bagi saya ia merupakan satu pengakhiran yang sangat manis bagi tahun 2009! dont you think so? Ia membawa makna tersirat yang hanya Tuhan saja boleh simpulkan maksudnya..Lets pray that this year will be our luckiest year..!more Ong!
satu lagi fakta menarik yang saya baca ialah, sedar atau pun tidak, kejadian bulan penuh/ purnama telah berlaku sebanyak 2 kali pada bulan disember 2009 lepas...Bulan penuh yang pertama adalah pada 2
Disember 2009 dan yang ke dua adalah pada 31 Disember 2009/1 Januari 2010.
Kejadian bulan penuh sebanyak dua
kali dalam masa sebulan ini sangat jarang berlaku. Bulan penuh
seperti ini biasanya digelar sebagai blue moon hanya berlaku sebanyak 41 kali dalam masa seratus tahun ini (kurun ke-21). Disebabkan oleh blue moon ini berlaku dengan sangat jarang, maka timbullah istilah once in a blue moon yang digunakan untuk merujuk kepada perisitiwa yang jarang terjadi.. tapi kini kita boleh la gelar ia "Twice in a Blue Moon!" hehe...
*****apa yang berlaku?****
(dipetik dari Daily News UK)
Gerhana Bulan Separa 1 Januari 2010
Jom kita fokus kepada peristiwa ini. Sila rujuk rajah sebagai panduan.
Rajah 2
Klik untuk gambar lebih besar.
Gerhana bulan separa kali ini
bermula pada jam 01.17 minit pagi dimana bulan akan mula memasuki
bayang penumbra bumi (P1 pada rajah 2). Ingin diingatkan disini bahawa
bayang penumbra adalah bayang bumi yang separa gelap. Maka bayang yang
akan bakal kelihatan di permukaan bulan berkemungkinan tidak dapat
dikesan oleh mata kasar disebabkan oleh kontras yang kurang ketara.
Maka ingin saya cadangkan anda
memulakan cerapan dengan mula melihat bulan ketika ianya sedang ingin
masuk ke bayang umbra bumi pada jam 02.52 minit pagi (U1). Bermula dari
detik ini, anda akan melihat sebahagian kecil dari permukaan bulan akan
dimamah secara perlahan2 oleh bayang umbra bumi.
Keadaan ini akan berterusan
sehinggalah kemuncak gerhana iaitu pada jam 03.23 minit pagi.
Seterusnya bulan akan terus berada dalam bayang umbra sehinggalah ia
keluar secara keseluruhannya dari bayang umbra pada jam 03.52 minit
pagi (U4).
Bulan akan keluar dari bayang penumbra pada jam 05.28 minit pagi (P4) yang menandakan berakhirnya peristiwa kali ini.
Rajah 3
Perbandingan rupa bulan ketika gerhana (kiri) dan sebelum gerhana pada pagi 1 Januari 2010
(sumber dipetik dari: Daily News UK)
HAPPY NEW YEAR!
|